Tuesday, February 24, 2009

Majlis Persandingan di Rumahku

Pada 25.01.09, berlangsungnya majlis persandingan di rumahku. ni antara gambar2 yang dirakam di majlis itu. Tema rumahku biru putih.....

wajah di hari bahagiaku...

Moga kekal dunia akhirat..insya Allah

teropong jgn tak teropong...wakakakaka

Ni rombongan lelakinya

Ni semasa tgh tgk orang bersilat


Ini dari keluarga suamiku

Ini keluargaku

Wednesday, February 18, 2009

Alhamdulillah.....berjalan lancar....

Alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan lancar.....
Tanggal 24 Januari 2009 , dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Mohd. Hanif Bin Mohd. Said..... doa kesyukuran dipanjatkan kepada Nya kerana mempermudahkan segala urusan...bersaksikan ahli keluarga dan saudara mara , kami selamat diijabkabulkan di hadapan imam qariah Masjid Al-Husna Kg. Baru Bertangkup, Syed Mohamad. Tangisan kegembiraan dan kesyukuran serta diiringi rasa terharu menghiasi peristiwa yang bermakna dalam hidup kami. Kini bermulalah satu status dan tanggungjawab baru buat aku dan suamiku. Gelaran isteri dan suami memberikan kami tugas baru dalam melayari bahtera kehidupan. Moga2 kehidupan rumahtangga kami sentiasa diredhai Illahi dan dilimpahi kurnia Nya... InsyaAllah....

Dengar dulu nasihat tok kadi

Sedia yaaa...... Akad betul-betul...

Alhamdulillah..pas sekali je tau.....doa dipanjatkan kepada Nya

Pelukan tahniah dari tok wan....

Penyerahan mas kahwin......

Acara membatalkan air sembahyang.....Gelang sebagai tanda

Cincin suasa putih aku sarungkan di jarinya pula...

Zoom sikit...

Tangannya kukucup tanda aku telah sah bergelar isteri padanya

Dahiku pula dikucupnya tanda dia suamiku

Bersalaman dengan ibu mertuaku....

Bergambar dengan semua yang hadir...sanak saudara dari kedua belah pihak...

Nie bersama orang kuat majlisku...terima kasih semua..
sebahagian hantaran dari pihakku...semuanya 13
Ni hantaran dari pihak lelaki...semuanya 11

Kini sah kami menjadi suami isteri moga masjid yang dibina kekal dunia akhirat dan diredhai Allah selalu...InsyaAllah


 

Lai Whuah © 2008. Template Design By: SkinCorner