Tanggal 24 Januari 2009 , dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Mohd. Hanif Bin Mohd. Said..... doa kesyukuran dipanjatkan kepada Nya kerana mempermudahkan segala urusan...bersaksikan ahli keluarga dan saudara mara , kami selamat diijabkabulkan di hadapan imam qariah Masjid Al-Husna Kg. Baru Bertangkup, Syed Mohamad. Tangisan kegembiraan dan kesyukuran serta diiringi rasa terharu menghiasi peristiwa yang bermakna dalam hidup kami. Kini bermulalah satu status dan tanggungjawab baru buat aku dan suamiku. Gelaran isteri dan suami memberikan kami tugas baru dalam melayari bahtera kehidupan. Moga2 kehidupan rumahtangga kami sentiasa diredhai Illahi dan dilimpahi kurnia Nya... InsyaAllah....
Dengar dulu nasihat tok kadi
Sedia yaaa...... Akad betul-betul...
Alhamdulillah..pas sekali je tau.....doa dipanjatkan kepada Nya
Pelukan tahniah dari tok wan....
Penyerahan mas kahwin......
Acara membatalkan air sembahyang.....Gelang sebagai tanda
Cincin suasa putih aku sarungkan di jarinya pula...
Zoom sikit...
Tangannya kukucup tanda aku telah sah bergelar isteri padanya
Dahiku pula dikucupnya tanda dia suamiku
Bersalaman dengan ibu mertuaku....
Bergambar dengan semua yang hadir...sanak saudara dari kedua belah pihak...
Nie bersama orang kuat majlisku...terima kasih semua..
sebahagian hantaran dari pihakku...semuanya 13
1 ulasan:
tahniah bt sahabatku.... cek mntk maap la... cek tak dapat pie kenduri hampa.... maklumlaa mak mertua cek bt program last minit... sian pulak kalu tak teman depa... cek harap hampa paham na...
Post a Comment