Monday, June 29, 2009

Keja semula.....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..setelah dua minggu cuti beristirehat, hari ini aku mula bekerja kembali.....
Terima kasih pada keluarga ku dan keluarga mertuakau yang sanggup menjaga aku selama berehat/berpantang nie...Mostly thankz to my husband la kanz...TQ....

2 minggu berehat betul aku......tak banyak buat keja pon...banyak dok saja.....Tapi dalam dok berpantang aku sudah dua kali tgk TRANSFORMER revenge of the fallen...memang best giler....
Hari 1st lagi dah gi tgk....full house dapat tiket seat paling depan mendongak aku. sakit leher...tu pun tgk kat Bukit Tinggi, Klang..... Second time tgk kat Gurney Plaza semalam...seat ok sikit tapi 3 baris dari depan...tu pun full house....ok la juga.....pada yang belum tgk g la tgk..

Monday, June 22, 2009

Salam kasih semua......

Lama tak bercerita.....hehehhe...almaklumlah aku dan suamiku baru lepas dari menghadapi dugaan Allah......
Jika entry lepas aku mengkhabarkan berita kegembiraan membawa zuriat suamiku di dalam rahimku kini zuriatku lebih disayangiNya...apa pun aku tetap redha dengan ketentuanNya...

Tanggal 14 Jun 2009 bersamaan dengan hari Ahad kandunganku yang baru berusia hampir 9 minggu tidak lagi berdegup jantungnya.....Petang Ahad aku merasakan ada darah yang mengalir lalu segeraku pergi ke klinik swasta namun hati yang cuba aku tenteramkan akhirnya sebak menahan rasa kerana doktor menasihatkan aku terus pergi ke hospital kerana aku sudah turun darah...dengan air mata yang tak henti mengalir aku menelefon suamiku yang kebetulan tidak pulang minggu itu.....Setelah menceritakan perkara yang berelaku aku menelefon kak ina (kak angkat) namun panggilanku tidak berjawab...Setelah menelefon mak cik (mak angkat) dan tahu yang kak ina pergi mesyuarat koperasi lantas aku nekad ke pejabatnya...Alhamdulillah kak ina ada di sana..kehadiranku disambut biasa dengan seloroh kak ton namun air mata yang telah berhenti mula mengalir kembali dan ia mengejutkan semua. Setelah diceritakan semuanya kepada kak ina, pertolongan abg zaini untuk menghantarku ke hospital diperolehi....sampai di wad kecemasan aku terus dimasukkan ke wad untuk mengetahui keadaan sebenar bayiku...terima kasih aku ucapkan kepada kak ina dan abg zaini bersusah payah menguruskan urusan aku untuk dimasukkan ke wad. Sambil menunggu kak ina datang dengan peralatan kak abby datang melawat, terima kasih kepada kak abby, kak wahid, nurul,sasha dan su yang datang melawat.
Malam itu aku discan dan didapati babyku tidak lagi berdegup jantungnya dan doktor menyarankan kandunganku dicuci esoknya. hibanya aku waktu itu...
esok pagi pukul 6 suamiku sampai dari banting bersama ibu bapoa mertua serta adik iparku..
Pukul 9.30 pagi aku dimasukkan ubat untuk membuka jalan rahimku dan pukul 2 dimasukkan dalam bilik pembedahan. Esoknya aku dibenarkan keluar wad. Kini aku sedang berehat di rumah ibu bapa mertuaku...
Terima kasih buat suamiku,keluargaku, keluarga suamiku,rakan-rakan.dan semua yang dikenali...Terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberikan.
Mungkin ini bukan rezekiku dan Allah lebih menyayanginya...Yang sentiasa aku ingat Allah hanya menurunkan dugaan kepada insan yang diyakiniNya dapat mengahadapi dugaan itu..InsyaAllah...Kagipun jika ada ujian maknanya Dia menyayangi kita. Apa pun zuriat yang pertama ini akan ku ingati selamanya kerana dia anakku yang pertama. Moga umi dan ayah dapat bertemumu di sana.InsyaAllah

 

Lai Whuah © 2008. Template Design By: SkinCorner