Tuesday, July 21, 2009

Wanita

PESANAN BUAT LELAKI...DAN JUGA WANITA!
WANITA:AKALNYA SENIPIS RAMBUT

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

tanpa mereka,fikiran dan perasan lelaki akan resah,
Masih mencari
Walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya Lelaki itu sendiri tidak lurus...
mana mungkin kayu akan bengkok menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskan wanita dengan jalan ditunjukkanoleh Allah SWT,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduan nya,
Janganlah cuba menjinakkan dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Kerana nantinya mereka derita,

Kenalkanlah mereka kepada Allah,Zat yang kekal,
Disitulah punca kekuatan dunia!!!

Akalnya senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,

Hatinya separuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,

Perasaannya selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,Tuhan,

Bisikkanlahke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan satu diskriminasi Tuhan,
sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,

Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu lelaki,

Jangan mengharapkan isterimu semuliaFatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

Terimalah wanita dengan seadanya kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia
semuanya penuh makna....... ...

0 ulasan:

 

Lai Whuah © 2008. Template Design By: SkinCorner