Wednesday, December 3, 2008

Hari Kualiti (Hari Q)

Ni cerita pasal semalam nie.....
Semalam aku pi Hari Q sebab aku tergolong dengan orang yg dapat Anugerah Cemerlang 2007. Alhamdulillah..... Pukul 8.15 aku dah turun pi Auditorium tingkat 5 KOMTAR untuk pendaftaran dan rehearsal sekaligus untuk penyampaian hari Q tu.. Sebenaqnya aku nie dah tak sihat dari hari sabtu lagi sebab demam. tapi aku dah ambik ubat dah kat Poliklinik Teluk Kumbar... Alhamdulillah, walaupun dok demam aku bertahan juga sampai habis majlis dengan dok sok sek sok sek.....dan terbatuk-batuk.....oklah tu....so far semua ok kecuali emcee yang telah menspoilkan majlis formal tu dengan cakap benda tak formal... dalam pukul 11.30 dah habis semuanya... yg penting makanan tengahari dia best...ayam dia best..
Ni sekitar majlis tu....



Ni masa Rehearsal..

Ni la aku masa pagi tu...

Ni Plaque yang aku dapat

Ni Plak Sijil Cemerlang..yg biru tu dapat dari kerajaan negeri..yg putih tu dari JKR

Monday, December 1, 2008

Kisahku.....

Sebenaq-benaqnya....terpanggilnya aku buat blog nie sebab kawan aku si nurul tu yang sibuk2 suruh aku buat blog...sebab utamanya kerana hari bahagiaku semakin menjelang...

Jadi dengan itu, dia pun sibuk2 suruh aku tulis dalam blog tentang persiapan aku bergelar Ratu Sehari.... heheheeheh.....

Sebenarnya...tarikh bersejarah dalam hidupku itu bakal berlaku pada 24 Januari 2009 dan majlisnya 25 Januari 2009....InsyaAllah.....

Dalam masa 2 bulan yang masih tinggal, sedikit sebanyak persiapan telah aku siapkan.....

Kad undangan pun telah siap ditempah dan telah dihantar oleh tunangku dari banting ke sini melalu pos laju yang sampai hari khamis lalu..


Inilah bungkusan yang berisi kad2 undangan tu..

Ni kad2 nya yang telah aku tambah sikit kemeriahannya, rasa berbaloi gak tgk hasil tangan ku walaupun sikit. heheheheh....

Sekarang nie setiap kali balik ada jer keja aku sikit2 yang kena buat, semuanya pasal preparation hari bahagiaku...Untuk pengetahuan korang semua, bunga telur pun ada yang aku buat sendiri, tapi tak banyak, sebab sakit tangan aku memprosesnya, jadi selebihnya aku buat. heheheheh..... nanti aku tunjukkan kat korang k....hantaran pun aku buat sendiri tau..kira banyak hasil tanganku..nanti aku tunjukkan k..

Anak sapalah nie......

Untuk pengetahuan korang semua...hari jumaat yang lepas....budak-budak opis aku sudah berlaku kejam ke atas sorang kanak2 yang tidak berdosa...
tgk lah apa yang telah terjadi.....
Apalah yang nak jadi dengan manusia sekarang??? kuang..kuang..kuang...


Tgk apa yang berlaku..kejamnya jarinya manusia yang berinai itu....yg memangku si budak itu adalah ibunya sendiri..mau jadi apa....



Habis dirobek mulut sibudak itu.... motifnya hanya satu.... jeng je jeng...

Akhirnya nampak juga gigi kapak si Amirah Safiy..... wakaka... tu la kedekut sangat nak tunjuk gigi dah makcik2 berlaku kejam...
wakakkakak




Kesudahannya..hasil daripada robekan dan ngangaan mulutnya misi kami utk lihat gigi mi..aaa tercapai dan hasilnya....mi..aaa... nangis sambil meronta-ronta.. mesti dia bertambah anti dengan makcik berinai merah tu.. wakakakakakak











Sungguh tidak berperikemanusiaan....

Tunangan Orang....

Oklah..untuk pengetahuan kalian semua, aku ni dah bertunang dah. Peristiwa manis ini telah berlangsung di rumah tok wanku di Perlis Indera Kayangan pada 15 Mac 2008..
Rombongan daripada pihak lelakinya iaitu En.Mohd. Hanif Bin Mohd. Said telah datang merisik sekaligus melamarku pada pukul 11.30 pagi.
Inilah sekitar majlis pertunangan aku..

Inilah Tunangku Mohd. Hanif

Nie aku bergambar dengan bukan anakku ok.. tapi sepupu sepapatku... anak maklang aku k

Ni bergambar ngan adik beradik sebelah tokku. Yang tudung merah tu la tok aku

Ini pulak bakal ibu mertuaku... semasa menyarung cincin tunang ke jari manisku

Ni plak bergambar ngan adik beradik sebelah Tunangku.

Ni plak Familyku...Tok, Tok Wan Ngan Makku

Inilah Keluarga Anip Tunangku...

Inilah aku.....

Ok sekarang nie aku nak cite sikit pasal aku....

Baca je la walaupun korang tak berapa ambik kesah pun...

wakakakkakaak...

Ok...untuk pengetahuan korang semua aku dah mula keja lepas 6 bulan aku habis belajaq kat POLIMAS....

Alhamdulillah rezeki aku terus aku dapat keja selepas 6 bulan bertukaq2 keja...

Dapatla aku keja kat JKR jawatan Technician tetap..

Asal aku orang perlis tapi rezekiku kat Penang. Oklah tu sebab aku pun dah pernah membesar kat penang nie.. jadi tak la jakun sangat..hehehehhe

Sekarang nie dah nak masuk 5 tahun aku keja kat JKR bahagian Jalan nie... tapi tak pro2 gak buat jalan....wakakakka..paperwork bolehlah.... heheheeh

Kat opis nie macam2 ada.... ad suka, duka, hangit, hangat, masam, manis, tawa dan riang. macam2 ada la senang cerita...

Oklah setakat nie dulu aku nak cerita k
Ini lah tempat aku. Gambar nie masa jamuan raya 2008

Boss Baru Dah Masuk

Jeng je jeng....
Boss baru aku dah masuk...
orang Perak piorr.....
Sekali teringat kat ex-boss aku dulu, en hamizol...
Nama boss baru ni Hassan

BOSS Baru

Hari nie bersamaan 01 Disember 2008 Boss baru aku merangkap KPPJ datang menyandang jawatannya di sini...
Tak penah tgk muka lagi nie....tunggu.......
Mintak2 lah orang nya baik dan bertoleransi dan tak mendengar atau termakan dengan bodekan dua makhluk gebab2 kat sini... aminnn.
 

Lai Whuah © 2008. Template Design By: SkinCorner